Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Wednesday, September 6, 2017

Salam aidiladha 2017

Assalammualaikum semua..

Raya korban hari tu cuti lama kan
memang seronok  cuti lama
apalagi dapat bersama keluarga tersayang
macam-macam plan dalam kepala ni  nak berjalan sana sini
kenangkan jalan jem lagi 
kalau difikirkan sangat confirm duduk rumah jelah
lebih-lebih lagi dengan anak kecil mudah meragam kalau bosan dalam kesesakan
kalau mak ayah jenis mental tak kuat nak hadap amukan anak-anak better duduk umah je hehehe



Cuti start hari khamis kan sebab hari merdeka 31/Aug
Hari khamis tu kami cuma jalan-jalan makan-makan satu keluarga je
shopping sikit ,window shopping

malam pulak makan malam dengan keluarga
esok nak hari raya korban
pagi-pagi nak kena bangun siapkan anak-anak nak bawa ke masjid untuk solat hari raya
tahun lepas hari raya korban kami balik perlis
tahun ni kami beraya di johor je
kami solat raya di masjid baru berdekatan dengan rumah saja
alhamdulillah ramai betul orang



malam sebelum raya tu dah sibuk-sibuk packing baju-baju nak pergi bercuti
plan nya selepas berkunjung ke rumah ibu terus gerak ke PD
So kami gerak dalam pukul 11 pagi 
ku fikir kan pagi jangan lengang la..
banyak jugak kenderaan berpusu-pusu atas highway tu
tapi alhamdullilah tak jem teruk lah
perjalanan masih dalam jadual lagi
lebih kurang 4 jam perjalanan dari Johor ke PD



cuma yang aku risaukan sakit gastrik aku datang menyerang waktu cuti tu
orang yang tahu macam mana sakit gastrik tu je tahu macam mana rasanya ye
asyik mengucap dalam hati je sebab pedih sangat gastrik aku tu
sakit tu kejap datang kejap hilang

sesampai je kat PD misi mencari tempat makan pulak
Marissa n medina tak tido langsung sepanjang perjalanan tu
kejap gaduh kejap baik kejap sayang
Yang penting kena bagi dorang kenyang n selesa
dah sampai PD baru medina terlelap
Marissa tetap berjaga sebab nya teruja nak mandi kolam
kami menuju ke PD Water front so kami pilih untuk makan di Pappa rich
Okla not so bad makanan dia sebab dah kelaparan hihihi

Avillion ni selalu memang jadi  pilihan kami lah..
kunjungan kali ke 4 buat marissa,kali ke 2 buat medina
Pukul 4 camtu kami check in kat Avillion PD
tengok bilik..masa tu marissa dah tak sabar dah nak main air
medina masih tido lagi
medina terjaga je dia mengarok sebab tak cukup tidur kot
lama jugak duk pujuk dia..last2 letak dia balik dalam stroller tolak dalam bilik dia sambung tidur
so kami bawa marissa mandi kolam , ummi jaga medina tidur


balik bilik sebelum maghrib tu medina dah terjaga
dia meragam malam tu
ummi dan papa dah letih 
ummi pedih perut sampai rasa esok jugak nak balik 
kenangkan kesian marissa baru nak enjoy bercuti
so kami just order makan malam room service jek
tak larat nak keluar malam tu
masa medina nangis-nangis tu..
dengar je orang hantar makanan terus dia diam kejar makanan
padahal bukan takde beli makanan pun
so dia diam makan sama kami
terus senyum-senyum ketawa 

pukul 10 masing-masing tidur
medina pukul 3 bangun balik mintak makanan
pukul 4 lebih dia tidur balik...lega,hihihi
kalau tak...dia boleh berjaga sampai pagi weh..
ke laut nak layan sampai pagi...letih mak
pagi kami bawa marissa n medina sarapan pagi
pastu terus berendam kolam
kemain suka marissa n medina
sampai pukul 11 lebih balik bilik mandi siap-siap nak cari makan tengahari
berjalan sampai ke teluk kemang nak cari tempat makan sedap
hari tu banyak kedai masih tutup lagi
dah lapar sangat kami nampak 1 kedai besar la..
ramai orang..jual nasi dengan aneka asam pedas ,nasi ayam n paling di cari-cari masa tu cendol
sebab cuaca panas tengahari tu kan

makan kat situ punyala beratur panjang
tapi makanan dia soso je
takdela rasa sekali nak makan lagi
pasal dah lapor kan
cendol ok sedap
makan berpeluh-peluh masing-masing
anak-anak makan sikit je
memang tapaw KFC la pastu
lepas settle makan tu berlari-lari nak masuk kereta nak aircond hihi
baru panas dunia ..hmmm

pastu ronda-ronda tak tahu hala tuju sampai lah ke ostrich pet farm
mula nya aku malas nak pergi dengan panas lit-lit 
tapi papa nya n marissa ajak jugak pergi jugakla...
tak pasti berapa harga tiket tapi kami berempat RM40 medina tak kira sebab kecil lagi
ok masuk-masuk pet farm dah kena paw makanan kambing ngan ostrich
pastu dorang ada ambilkan gambar 
pandai dorang ambil gambar pastu edit kasi cantik sikit bila kami nak kuar dia tanya nak beli tak gambar tu
kalau tahu awal-awal tak ingin aku nak ambil gambar huhuhu
semua duit ,semua marketing je
bawa marissa n medina jalan-jalan dalam pet farm tu ok lah..
x jauh sangat nak berjalan macam dalam zoo tu..
ada aiskrim boleh makan masa panas tu
cuma tak banyak sangat binatang lah dalam tu
hehehe (ummi suka)



Balik je kami ke hotel pukul 4 petang dah arrange kan anak-anak main pasir pantai n sambung berkubang hehehe


nampak tak aktiviti kami penuh dari bangun pagi tadi 
marissa n medina tak tidur langsung
memang kami sengaja bagi dorang "busy " aritu
sebab nak suruh tido awal malam nya
bagi rehat betul-betul
sebab esok pagi lepas sarapan nak check out awal
 risau jalan jem orang pulang dari bercuti
bagusnya kalau sampai awal boleh lah shopping barang dapur huhuhu
so lepas maghrib tu kami makan buffet hotel ala-ala candle light dinner
sampai tersengguk-sengguk medina menahan ngantok sambil makan haha
ha nampak tak hasil "busy" dari pagi tadi berhasil
makan lah kami kenyang-kenyang malam tu
balik bilik tidur kan marissa pulak...



Pagi dah siap2 packing barang nak balik
pastu pergi sarapan , check out 
tertiba bateri kereta kong pulak sebab lupa nak tutup lampu kereta
kami lepak kat kids room
papa pergi uruskan kereta
marissa pakai henna..


dalam pukul 11 jugak baru settle gerak balik johor
on the way balik tu alhamdullilah jalan jem sikit je..
sebab kalau petang sikit baru nak gerak jalan mesti dah jem gaban
happy sampai johor 
jalan-jalan cari makan
pergi beli barang dapur baru balik rumah
isnin esoknya ramai orang cuti kan sebab PM announce cuti 1 malaysia
tapi kami laki bini kerja sebab company ganti hari lain
boleh la kan dari takde huhuhu


Aku cerita panjang-panjang ni acah-acah macam bercuti kat oversea bukan sebab apa..
hehehe
hanya untuk kenangan sendiri saja
matlamat utama bila bercuti dengan keluarga ni kita nak lupakan sekejap rutin harian kita
lebih-lebih lagi yang banyak berkorban ialah anak-anak 
bila papa n ummi sibuk bekerja untuk beri kehidupan yang lebih selesa 
bila cuti lah masa untuk bagi dorang gembira

Oklah itu sahaja update kali ni
minta maaf panjang sangat sampai bosan baca ye hihi

Salam Sayang
Sulinda












No comments:

Post a Comment

Designed by UMIESUEstudio 2014