Disclaimer

:: Declaration of images are the intellectual or personal property, image usage is strictly prohibited without the written consent the blog owner, Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image::

sebarang penggunaan gambar atau entry peribadi di dalam blog ini tanpa keizinan untuk tujuan peiklanan atau jualan adalah dilarang sama sekali

Friday, February 3, 2017

CNY HOLIDAYS


Assalammualaikum pembaca,

Terasa nak mengarang pulak rini
saja nak share cerita cuti raya cina ritu
cuti panjang ritu kami tak nak lepaskan peluang berjalan juga macam orang lain =)
tapi jem di sesetengah tempat tu memang menduga kesabaran juga la

Kami mulakan percutian kami dengan balik kampung dulu di Perlis
Ceh percutian sangat macam pergi Paris bunyi nya huhu
Kami bertolak Khamis malam Jumaat tu
Balik kerja macam biasa kami baru sibuk nak mengemas baju dan beg
Masa tu kami  dah keletihan jugak la.. 
Tapi sebab kami memang selalu travel macam ni punya style
Terpaksa redah jugak la
Memang ada rancang nak naik flight je
Tapi kami decide balik kampung pun last minute
Tiket jadi riban-riban masa tu
Lagi kami pernah tertinggal flight dulu sebab jalan jem menuju ke Airport 
So kami decide travel dengan kereta saja.

Gitu gini lebih kurang pukul 10 malam jugak kami bertolak
Singgah isi minyak ,makan jap 
pukul 11 lebih baru gerak
Dengan mata rabak nak tidur aku dah tak peduli nak makan dah
Yang penting suami dan anak-anak makan dulu sebelum mulakan perjalanan jauh

Suami aku pun ngantok jugak..
banyak kali la jugak berhenti tidur dan lagi jalan jem lagi la macam dah tak larat 
Aku sedar dari tidur pukul 5 pagi masih di Melaka lagi

Suami aku dah hampir nak patah semangat nak balik kampung
Kalau ikutkan pukul 5 pagi kami dah sampai Perak lebih kurang lah
So timing lari dari biasa n keletihan 
aku ikut je sebab yang memandu dia
Bangun pula marissa dari tidur tanye dah sampai kampung ke
Papa nya tak sampai hati

Jadi suami aku nak teruskan jugak perjalanan walaupun dia cakap mungkin sampai lambat 
Memang menguji tahap kesabaran jugak la..
Marissa dah berapa kali tanye bila nak sampai
Nasib baik cuti panjang jadi kami tak terkejar sangat  
Medina kalau waktu dia tidur boleh relaks sikitla
Cer kalau dia bangun dia tak reti diam dalam kereta 
Hadap la mak nya nak melayan (^_^)
Memang dah merancang lepas balik perlis nak menyinggah ke destinasi lain pulak
Nak bagi rehat-rehat ,nak bagi anak-anak happy 
Pada masa tu , itu saja la yang dapat memotivasi kan diri aku untuk sabar balik kampung walaupun lambat
So kami sampai Perlis lebih kurang pukul 2 petang hari Jumaat
Gigih tak ? hahahaha 
Lepak kaw3 ok

Kebiasaannya kalau balik dari Perlis ke Johor kami akan singgah  di KL / PD/ Melaka
memang kami tak pernah direct balik Perlis ke Johor
Sebab nak berehat dulu bawa anak-anak enjoy bercuti sekejap ,boleh jumpa adik beradik di KL jugak.
Kami akan bawa anak-anak jalan-jalan,swimming ke bagi lepas lelah perjalanan jauh 

Balik pada cerita sampai kampung tadi huhu
Petang tu kami gasak tidur anak beranak
Seronok dapat jumpa keluarga sana ...biras-biras...
Mak mertua aku masak istimewa pulak hari Sabtu tu
Masak sup Tulang seperiuk besaq dan Gulai ayam kampung sekawah 
Dan- dan aku nak menelan makanan perut aku sakit cirit birit
hilang selera makan aku 

Sedap kot Mak mertua aku masak
terasa rugi pulak tak makan
aku makan jugakla tapi tak feel sangat 
4x keluar masuk tandas 
tergolek-golek atas katil
nak pergi merayap pekan dengan adik ipar aku pun tak jadi
Suami aku belikan ubat kat Farmasi untuk cirit birit

Ooowh ye kami sekejap je kat Perlis 
Khamis malam gerak,Jumaat petang sampai,Sabtu malam kami siap-siap nak balik dah
Kami bertolak ke Genting Highland 
Gigih tak ?
Lebih kurang pukul 10 pm  kami berangkat
Jalan waktu tu ok best je tak banyak kereta
Yang selalu aku sakit hati nak hadap jem kat Highway Perak tu
Lega sangat dah lepas Perak jalan clear masa tu
Lepas satu tekanan hehehe
Tapi bila mula masuk ke 1 jalan menuju ke Genting tu aku dah rasa dah silap sebab gerak malam
gelap sangat di suatu jalan tu
aku pun tak ingat jalan apa..
mat rempit ramai meliar duk merempit sambil-sambil tengok kami
aku dah suruh suami aku cepat takut dorang tengok tak banyak kereta dorang kacau pulak kami
risau ok
Jalan gelap pusing-pusing
Nasib baik tak ambil hotel tinggi-tinggi
Kami stay di Awana Hotel Genting
So kami sampai lebih kurang pukul 4 pagi 
Gigih tak ? 
Eh berapa banyak gigih daaaa
Lega nya bila dah sampai 
Risau sebab malam kan.


Pagi-pagi lagi dah bangun siap-siapkan anak-anak nak naik ke Genting
Marissa & Medina dah biasa bangun awal setiap hari 
So tak jadi masalah bagi kami.
Sebelum tu kami sarapan dulu kat Hotel

OTW nak naik Genting tu Medina awal-awal dah tidur dulu
sebab bangun awal kan huhu
Marissa pun nampak ngantok
Tapi ikut giliran nak guna stroller tu
Kami layan marissa dulu
Cuaca kat sana hujan,basah dan sejuk
Petang tak hujan ,cuaca agak redup
Boleh la feeling overseas hehehe
Punya ramai orang kat Genting tu
lagi-lagi foreigner
Marissa teringin sangat nak main snow
dia tengok frozen
dia request nak pergi Korea nak main snow
walhal dia tak paham lagi Korea tu kat mana
Buat masa ni sebab masa tak mengizinkan kami ke sana
Jadi kami bawa marissa pergi Snow World Genting 
Papa sejenis tak sampai hati kalau anak minta camtu dia akan cuba usahakan walau tak sama tapi serupa huhu

Tapi yang sedih nya medina tak boleh masuk snow world tu sebab ketinggian tak sampai 76cm
lagi berapa inci je lagi sikit je lagi orang tu tak nak layan
Jadi ummi dan medina tunggu papa dan kakak di luar
Tak lama pun masuk sana tu
lebih kurang 45 minit camtu je
suhu 3c katanya

Sebenarnya tak banyak pilihan pun kat sana indoor game je ada
Outdoor belum buka lagi
Indoor game pun tak boleh juga sebab faktor ketinggian medina belum cukup
So kami jalan-jalan shopping mall baru
memang besar banyak pilihan restoran tapi kami was-was nak makan sebab semua chinese
tak pasti halal ke tak

Jadi lepas puas berjalan kami balik hotel mandi manda
Marissa n medina suka swimming
pantang nampak kolam
Kami fikir mesti sejuk sangat sebab sana memang sejuk
Tapi dah dia nak sangat kami layankan je

Ternyata air kolam tu suam-suam je
Patutla orang boleh mandi huhu
apa lagi terjun sudah

Lepas mandi manda masing-masing keletihan n lapar
Kami balik bilik bersihkan diri
Ingat kan nak order makan room service je 
Tapi takde pulak
so kami turun dinner kat restoran hotel

Ada buffet special sempena CNY katanya
Seorang RM88 
Dah kelaparan apa nak fikir 
Medina makan sikit dah mengaruk nak tidur
dukung dodoi kejap dah lentok tidur hehehe
Marissa kami suruh makan kenyang dulu
tu pun dah merengek nak tidur huhu
baru nak makan puas-puas gheee
makan cepat-cepat naik 
siap-siap semua tertidur keletihan

Amboi panjang lebor cerita yerr 
gasaklaaaa
kalau sanggup baca sampai habis hahaha

So bangun pagi kami pergi sarapan
Lepas tu sambung swimming sekejap ,siap-siap nak check out 

Sebelum  balik ke Johor jumpa adik beradik kat KL kejap makan-makan
Pastu kami pulang ke Johor
KL-Johor jalan tak jem,masuk Johor jem 
Layankan je gheee
Nasib baik esok nya masih cuti lagi so boleh rehat lagi

Itu jela cerita cuti kami
Biasa-biasa aje
Syukur pergi balik dipermudahkan
Cerita kamu bagaimana pulak ? 

Salam Sayang =)






2 comments:

  1. Bestnye...main snow..tringt wktu muda2 main snow kt situ..ade rejeki, nk bwk ank2 pi genting. Manda pn nk main snow jugak..hihihi

    ReplyDelete
  2. bawak jangan x bawak asrah hihihi..budak2 pon ada impian jugak kan (^_^)

    ReplyDelete

Designed by UMIESUEstudio 2014